Dunia
ABola.PT
Advertisements

Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo yang sebelum ini pernah menjadi antara gandingan penyerang paling berbisa di Liga Perdana Inggeris bakal ‘digandingkan’ sekali lagi.

Namun gandingan ini adalah untuk anak mereka, Ronaldo Jr dan Kai Rooney (11).

Kai Rooney yang kini beraksi bersama pasukan akademi Manchester United dikhabarkan bakal digandingkan bersama anak Cristiano Ronaldo, Ronaldo Jr seperti yang dilaporkan oleh portal bola sepak Portugal, A Bola.

Advertisements

Cristiano Ronaldo yang kini beraksi bersama pasukan lamanya, Manchester United tidak mempunyai pilihan melainkan membawa anaknya bersama ke bandar Manchester.

Kai Rooney yang sebelum ini berlatih bersama akademi Manchester City tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan kemampuannya selepas menyertai United dengan menjaringkan hatrik ketika bertemu Stoke City.

ronaldo jr kai rooney twitter Ronaldo Jr dan Kai Rooney Bakal Digandingkan Bersama Pasukan Muda Manchester United

Ronaldo Jr pula beraksi cemerlang bersama pasukan akademi Juventus dengan menjadi penyerang terbaik Kejohanan Cavour selepas menjaringkan 3 gol.

Advertisements

Beliau turut menjaringkan 58 gol dan 18 bantuan gol dalam 28 perlawanan bersama pasukan bawah 9 tahun Juventus.

Adakah kita bakal melihat gandingan ‘semula’ Ronaldo dan Rooney pada masa akan datang bersama Manchester United di Liga Perdana Inggeris?

Mereka sudah lama merancang, kita ‘jer’ yang lalai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram