Ronaldo Mahu Bersara Jika Portugal Julang Piala Dunia
Dunia
Portugal
Advertisements

Kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo mengesahkan beliau akan bersara sekiranya negaranya menjulang Piala Dunia.

Beliau yang memasuki edisi kelima Piala Dunia di Qatar ini memasang impian untuk menjulang piala berprestij ini selepas beberapa kali terkandas.

Dalam satu temubual bersama wartawan terkenal, Piers Morgan, pemain berusia 38 tahun ini menjelaskan bahawa beliau sedia meninggalkan dunia bola sepak sekiranya Portugal menjulang Piala Dunia.

Advertisements

Keinginan Ronaldo sudah pasti membuak kerana beliau kini sedang menghampiri penghujung kariernya dan mahu memberikan yg terbaik setiap kali beraksi.

“Saya tidak kisah sekiranya Portugal beraksi di final dan penjaga gol yang menjaringkan gol.”

“Saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.”

Advertisements

Beka bintang Real Madrid ini berkata, sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, beliau sudah pun bersedia untuk bersara.

Pasukan kendalian Fernando Santos berada dalam kumpulan H bersama-sama Uruguay, Korea Selatan dan juga Ghana mahu memanfaatkan peluang ini untuk melangkah lebih jauh dalam pentas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram