Ronaldo Mengganas, Ledak 4 Gol Buat Al-Nassr
Dunia
Al-Nassr
Advertisements

Penyerang berbisa Al-Nassr, Crustiano Ronaldo membuktikan beliau masih antara penyerang terbaik apabila meledak 4 gol menentang Al-Wehda malam tadi.

Pemain berusia 38 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas berada dalam kelas tersendiri.

Keserasian kapten pasukan kebangsaan Portugal ini terserlah apabila mula meledak gol menerusi permainan berpasukan.

Advertisements

Gol pertama hadir apabila beliau turun mendapatkan bola sebelum masuk ke dalam kawasan penalti lawan dan melepaskan rembatan kencang.

Tidak terhenti di situ, beliau terus menambah luka apabila membuat satu larian sebelum melepaskan satu rembatan melepasi Abdul Quddus Atiah.

Al-Nassr mendapat peluang menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti dan bekas pemain Mancheater United ini tidak melepaskan peluang sebelum mengakhiri perjuangan pasukan dengan gol keempat.

Advertisements

Ketika ini, anak didik Rudi Garcia kekal mendahului carta dengan 37 mata sementara mempunyai satu aksi dalam tangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram