Ronaldo Tiruan Dengan Ketepatan Wajah 93 Peratus Berjaya Kelirukan Peminat
Dunia
Instagram @bewar_abdullah_cr7
Advertisements

Bewar Abdullah yang lahir di Iraq kini menetap di Birmingham, England dan beliau diterima masyarakat dunia sebagai Ronaldo tiruan paling realistik masa kini.

Ketika kekecohan perpindahan Ronaldo ke Manchester City dan Manchester United, namanya kembali naik dan beliau turut memuat naik beberapa video seolah-olah beliau adalah Ronaldo sebenar.

Walaupun Bewar adalah Ronaldo palsu, namun ketepatan wajahnya amat tinggi.

Advertisements

Bewar turut menjadi perhatian penyokong Manchester United yang hadir ke Old Trafford sebelum ini dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Ronaldo tiruan ini.

Setakat hari ini, Bewar memiliki hampir 50 ribu pengikut di Instagram dan lebih 1 juta pengikut di TikTok.

Bewar sebelum ini turut tular menerusi video Cristiano Ronaldo sedang membaca Al-Quran dan ianya menjadi sensasi internet sehingga ada yang percaya itu adalah Ronaldo sebenar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram