Roy Keane: Mikel Arteta Seorang ‘Loser’
EPL
Stretty News
Advertisements

Roy Keane menggelar pengurus Arsenal, Mikel Arteta sebagai ‘loser’ selepas Arsenal tewas di tangan Manchester United.

Gunners kalah kali pertama dalam EPL musim ini selepas Antony dan Marcus Rashford membantu United merekodkan kemenangan 3-1 ke atas mereka.

Tetapi ia boleh saja berbeza sekiranya gol Gabriel Martinelli pada minit ke-12 dikira oleh pengadil.

Advertisements

Gol tersebut bagaimanapun dibatalkan oleh VAR selepas kapten Gunners Martin Odegaard didapati mengasari pemain tengah Red Devils, Christian Eriksen sebelum mencipta peluang gol tersebut.

Dalam temubualnya bersama Sky Sports, Arteta berkata, “Ia tidak konsisten. Apa sebenarnya yang lembut? Minggu lepas, Aston Villa dapat gol bila ada faul terhadap Aaron (Ramsdale), tetapi itu dikira lembut dan bukan faul.

Advertisements

“Kemudian kami sepatutnya dapat penalti bila Bukayo (Saka) dikasari Tyrone Mings tapi itu dianggap lembut dan bukan penalti. Hari ini, ia merupakan satu faul (insiden Odegaard dan Eriksen).

“Terdapat beberapa terjahan keras tapi tiada kad kuning sebab nilai ambangnya rendah memandangkan ini merupakan perlawanan besar. Ini merupakan sesuatu yang sukar diterima.”

Advertisements

Bagaimanapun, legenda United Keane sudah muak dengan alasan yang dikemukakan Arteta. Dalam temubualnya bersama Sky Sports, beliau berkata, “Saya sudah bosan dengan semua alasan mereka. Saya serius.

“Arteta ditemubual selepas habis perlawanan, beliau ‘loser’ macam kita semua. Beliau sepatutnya beri kredit kepada Manchester United tetapi beliau tak pernah lakukannya.

Advertisements

“Setiap kali kalah, mesti yang salah sama ada pasukan lawan atau pengadil. Berhenti beralasan. Anda kalah perlawanan 3-1, anda dapat pujian tapi saya lebih suka dapatkan mata pada bila-bila masa.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram