Rozaimi Kekalkan ‘Fitness’, Latihan Kendiri Sebagai Persedian Untuk Kembali Beraksi
Dunia
Rozaimi Abd Rahman
Advertisements

Bekas penyerang berbisa kebangsaan, Rozaimi Abd Rahman semalam telah memuatnaik satu video di laman rasmi Facebook miliknya. Hantaran yang dikongsikan Rozaimi memperlihatkan dirinya sedang berada di gimnasium dengan caption “Prepare”.

Video yang berdurasi 3.26 minit itu dilihat sebagai latihan kendiri buat Rozaimi. Senaman-senaman yang dilakukan Rozaimi semestinya untuk memastikan fitness dirinya berada pada tahap yang terbaik.

Anak jati Sabah itu sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya bakal menghadiri sesi pemilihan pemain untuk menyertai skuad Sabah FC musim 2022 pada November ini. Menurut Rozaimi, beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk terpilih, hanya mencuba nasib dalam sesi pemilihan kelak.

Advertisements

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim, Selangor, Kedah dan Sabah ini turut mengakui kerinduannya untuk kembali beraksi. Jika dilihat hantaran-hantarannya di Facebook, beliau kembali memaparkan gambar-gambar lamanya bersama bekas pasukannya.

https://www.youtube.com/watch?v=k2F_wIUM3S8

Rata-rata peminat bola sepak tempatan terutamanya penyokong Sabah FC gembira dengan perkembangan semasa pemain itu dan turut memberikan kata-kata semangat buat Rozaimi untuk berusaha mendapatkan tempat ke dalam skuad pada musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram