Ruang Solat Muslimah Di Stadium Sultan Ibrahim Terima Pujian Penyokong
Blog
JST & Southern Roar
Advertisements

Ruangan solat bagi kaum muslimah yang disediakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) mendapat respon yang cukup positif daripada para pengunjung terutamanya kaum wanita.

Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas menitikberatkan segala aspek dalam pembinaan stadium terbaik di Asia ini apabila ruangan solat yang disediakan memberi keselesaan tahap maksimum kepada pengunjung yang mahu menunaikan ibadah.

Bukan sahaja bangunan yang tersergam indah, JDT turut menyediakan pelbagai kemudahan hasil belanja RM400 juta untuk membina stadium ini.

Advertisements

Sungguhpun menerapkan elemen futuristik dalam pembinaannya, idea yang diilhamkan oleh baginda Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memiliki keunikan tersendiri untuk memberi pengalaman bermakna kepada penyokong.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, beliau merakamkan pengalaman terbaik tatkala melakukan ibadah di ruangan surau muslimah Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

“Ruang solat wanita di Stadium Sultan Ibrahim. Alhamdulillah sangat cakna berkenaan isu ini (pergerakan kaum wanita untuk menunaikan solat), dan paling saya suka, pintu masuk ada dua lapis.”

“Pada bukaan pintu pertama nampak kasut dan daun pintu kedua melindungi jemaah muslimah yang sedang membuka aurat untuk urusan solat,” jelasnya dalam ciapan tersebut.

Advertisements

Beliau yang mahu dikenali sebagai Southern Roar memuji kedudukan surau muslimin yang lebih dekat dengan ruang masuk di stadium dan juga memiliki ruang untuk pengguna beratur menanti giliran.

Kemudahan yang serba lengkap ini juga bakal menjadi daya penarik yang memudahkan urusan para pengunjung Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram