Sediakan Ruang Solat, Tindakan Blackburn Rovers Dipuji
Dunia
Twitter: Blackburn Rovers
Advertisements

Sebuah kelab bola sepak yang bertanding di saingan EFL Championship, Blackburn Rovers telah menyediakan ruang solat khas buat para peminat mereka yang beragama islam. Perkara itu disambut baik oleh sebilangan besar penyokong bola sepak di media sosial. 

Situasi ini berikutan perlawanan pertama bagi pasukan Blackburn Rovers yang berlangsung pada waktu maghrib malam semalam pada saingan Carabao Cup. 

“Mana-mana penyokong Muslim yang hadir pada perlawanan malam ini menentang Morecambe boleh menyelesaikan kewajipan solat mereka sebelum aksi babak kedua bermula, apa apa pertanyaan boleh merujuk kepada pegawai terdekat yang akan membawa anda ke ruang solat kami di Blackburn,” kata Blackburn Rovers dalam ciapan di twitter. 

Advertisements

Ia merupakan situasi yang agak jarang dilihat akan tetapi hakikatnya sebelum ini, ruangan solat seperti ini bukanlah satu perkara baharu bagi mereka.

Mufti Zimbabwe, Ismail Menk telah menjalinkan kerjasama bersama pengurus kelab Blackburn Rovers, Tony Mowbray pada pembukaan ruangan solat di Ewood Park pada tiga tahun lepas.

Asalnya ruangan solat ini telah disediakan sejak tahun 2018 untuk memberi ruang kepada kakitangan dan penyokong, namun Blackburn Rovers menyatakan bahawa ruangan solat yang mereka lancarkan ini bukan sahaja untuk orang muslim akan tetapi kemudahan yang berwajah baru untuk semua penganut agama.

Advertisements

Perkara ini menjadi pendorong kepada para peminat dari semua latar belakang agama untuk menghadiri lebih banyak perlawanan di stadium.

Blackburn Rovers adalah antara kelab bola sepak pertama di negara England yang menyediakan kemudahan seperti ini sejak tahun 2008. Perkara ini dianggap sebagai perubahan berskala besar yang baru diusahakan dalam era bola sepak moden.

Peningkatan jumlah pemain bola sepak Muslim yang berhijrah ke Liga Inggeris menyebabkan wujudnya tahap sensitiviti dan rasa tanggungjawab pihak pengurusan untuk menyediakan kemudahan seperti ini. 

Advertisements

Ia sebagai satu langkah positif dalam mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara pengurusan kelab, pemain dan para peminat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram