Ruben Amorim Kagum Sokongan Di Malaysia Setanding Old Trafford
MakanBola
Manchester United FC

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim kagum melihat sokongan padu peminat The Red Devils di Malaysia.

Ketika ini, skuad Manchester United berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri aksi Maybank Challenge Cup 2025 bertemu pasukan pilihan bintang Asia Tenggara iaitu ASEAN All-Stars nanti.

Menurut Amorim, sokongan hebat para peminat Manchester United sememangnya tak berubah sama seperti ketika turun bermain di hadapan ribuan penonton di gelanggang sendiri, Old Trafford.

”Kami beraksi di Old Trafford setiap minggu dan kamu boleh lihat semangat penyokong di sana, di sini (Malaysia) juga sama,” kata Amorim ketika di sesi sidang media pada Selasa.

Tambah beliau, perasaan yang sama dirasai setiap kali The Red Devils terbang beraksi di luar negara yang buatkannya berasa cukup kagum melihat sokongan dan aura peminat Manchester United.

”Saya rasakan perasaan yang sama tanpa mengira di rantau kami berada, semangat untuk kelab ini (Manchester United) amat luar biasa,” tambah pengurus kelahiran Portugal ini.

Aksi Manchester United vs ASEAN All-Stars akan diadakan pada Rabu, 28 Mei