Blog
Advertisements

Hasrat kedua-dua pasukan Terengganu dan Sabah memperoleh mata maksimum tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Berbeza dengan perlawanan seri tanpa jaringan pasukan lain yang kebiasaanya membosankan, perlawanan Liga Super Terengganu menentang Sabah ini sedikit berlainan.

Ianya menyebabkan rumah penonton kedua-dua pasukan begegar kerana “geram”. Sudah menjadi kebiasaan penyokong akan menjadi geram apabila ianya tidak memihak kepada diri mereka.

Advertisements

Berikut merupakan 3 kejadian yang menggegarkan rumah, jantung dan telefon bimbit dalam perlawanan semalam.

1- Peluang Keemasan Da Silva

Peluang keemasan Da Silva pada minit ke-40 adalah tidak logik untuk dilepaskan oleh seorang pemain import sepertinya.

gegar 1 Tiga Kejadian Yang Mengegarkan Rumah Penonton Ketika Aksi Terengganu - Sabah

Beliau hanya perlu tolak bola itu dan bukannya berfikir untuk menahannya terlebih dahulu. Situasi tidak sesuai.

Advertisements

Lihatlah ulangan video beberapa kali dan hayatilah bahawa bola itu hanya perlu dituai ke hadapan dan bukannya ditahan. Bola sepak adalah sukan yang pantas dan kegagalan dalam membuat keputusan seperti ini akan membuatkan penyokong bergegar.

2- Percubaan Bertaraf Dunia Saddil Ramdani

Keenakan larian dan sepakan padu Saddil Ramdani pada minit ke-56 sangat balik. Ia bukan biasa-biasa namun bola tersebut tidak berjaya masuk namun ketepatan dan kekuatan sepakannya wajar diberikan pujian.

Saddil Ramdani ini masih muda (22 tahun) dan beliau bakal menjadi pemain bintang di Liga Malaysia kelak selain bakal menjadi “watak” penting dalam memelihara hubungan baik dua negara Malaysia dan Indonesia.

Advertisements

3- Kecerdikan Wak Am

Kecerdikan Amri Yahyah (Wak Am) membuat perangkap offside pada minit ke-88 tular dan ianya diluar kemampuan berfikir tahap tinggi buat pemain lain.

Wak Am semenangnya merupakan seorang pemain yang luar biasa terutamanya perkara melibatkan larian pantas, cara berfikir dan sepakan derasnya.

Beliau turut menjadi watak penting ketika Malaysia bertemu Manchester United pada tahun 2009 menerusi jaringan jarak jauhnya menewaskan Van De Sar.

Advertisements

Saksikan kesemua kejadian yang menggegarkan ini di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=ybuboovsyeE
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram