Dunia
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang untuk menaiktaraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan menukarkan padang sedia ada kepada padang jenis ‘zeon zoysia’.

Kos yang diperlukan untuk menaik taraf padang difahamkan sebanyak RM10 Juta termasuk dengan penggunaan mesin yang dikhaskan untuk kerja-kerja menjaga rumput ini.

“Cadangannya adalah kami akan menukarkan kualiti rumput padang SNBJ kepada zeon zoysia bagi menggantikan cow grass,” kata Ketua Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud.

Advertisements
rumput Rumput Padang Stadium Bukit Jalil Ikut Seperti Stadium Sultan Ibrahim, Johor Darul Ta'zim
Rumput jenis Zeon Zoysia merupakan jenis rumput terbaik bagi SNBJ

Rumput jenis ‘zeon zoysia’ merupakan rumput yang digunakan di stadium baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim selain turut digunakan di Stadium Nasional Singapura dan beberapa stadium di Thailand.

Isu permukaan padang SNBJ seringkali mendapat perhatian dan kritikan banyak pihak lebih-lebih lagi ketika perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan dan juga perlawanan akhir pertandingan domestik.

Advertisements

Malah, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pernah meluahkan rasa kecewa dengan kualiti padang SNBJ ketika Malaysia menentang Nepal pada perlawanan persahabatan tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram