Advertisement

Follow us:

Rumput Stadium Rajamangala Hancur Disebabkan Konsert

Stadium Rajamangala All Things Thai Football 1 Rumput Stadium Rajamangala Hancur Disebabkan Konsert
All Things Thai Football
Azim Noor
@mohdazim45
9:39pm 05/01/2023
Pivo

Ramai mengeluh disebabkan konsert artis terkenal Taiwan, Jay Chou, mereka tidak dapat menonton perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Malaysia-Vietnam. Dan ada yang bimbang disebabkan konsert tersebut, ia bakal merosakkan padang seperti dialami stadium keramat Thailand, Stadium Rajamangala.

Kebiasaannya, skuad kebangsaan Thailand akan beraksi di Stadium Rajamangala untuk aksi penting termasuk Piala AFF. Tetapi untuk edisi 2022, Stadium Thammarat, Pathum Thani dipilih sebagai stadium skuad Gajah Perang disebabkan Rajamangala dipilih sebagai tempat konsert kumpulan pop rock terkenal Maroon 5.

Dan sehari selepas konsert, rumput padang stadium hancur. Ia langsung tidak sesuai digunakan untuk mana-mana perlawanan bola sepak, apatah lagi untuk pasukan kebangsaan Thailand. Imej stadium selepas konsert dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter All Things Thai Football.

Pemilik akaun bukan saja memahami kekecewaan penyokong Harimau Malaya. Malah, pada masa sama, dia turut mengeluh mutu padang Stadium Nasional juga dijangka terjejas seperti Rajamangala selepas menjadi tempat konsert kumpulan K-Pop, Black Pink. Konsert tersebut dijangka diadakan pada Sabtu ini.

Apapun, yang pasti penyokong Malaysia dan Thailand bakal memberi sokongan padu kepada kedua-dua pasukan. Harimau Malaya bakal bersemuka dengan Gajah Perang pada 7 Januari di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum bertemu semula di Stadium Thammasat tiga hari kemudian.