Rumput Tersalah ‘Ukuran’ Pun TMJ Boleh Perasan
Dunia
Twitter @HRHJohorII
Advertisements

Menurut perkongsian hantaran Twitter Azman Naim, beliau menyifatkan Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris sebagai seorang yang benar-benar mahir perihal berkaitan padang bola sepak.

“Semalam saya mengadap TMJ di Stadium Sultan Ibrahim. Saya sempat mengikuti TMJ pusing padang sebelum TMJ berangkat pulang.”

“Satu hal yang saya pelik, TMJ boleh perasan rumput tersebut panjang 1 milimeter.”

Advertisements

“Tak perlu ukur, memang betul panjang 1 milimeter.”

“Memang TMJ master dah bab padang.”

Sementara itu ciapan Azman turut di retweet oleh Tunku Ismail;

Advertisements

“Pening kepala mat salleh jaga padang.” jelas TMJ di akaun Twitternya.

Sifat ‘cerewet’ Tunku Ismail dalam hal berkaitan padang bukanlah perkara baru malah TMJ turut mempunyai sifat ketelitian yang amat tinggi terhadap perihal berkaitan fasiliti Johor Darul Ta’zim.

Sebelum ini Tunku Ismail turut dilaporkan akan memantau kualiti padang hampir setiap hari sebelum pulang ke rumah atau beransur pergi meninggalkan pusat latihan dan stadium.

Advertisements

Sementara itu rata-rata pemerhati bola sepak menyifatkan hal ini sebagai baik buat kelab JDT sekaligus memiliki fasiliti bertaraf antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram