Rutin Harian Yang Ketat Antara Rahsia Haqimi Azim Kekalkan Kecergasan
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Bintang muda pasukan KL City FC, Haqimi Azim baru-baru ini mendedahkan rutin harian beliau yang telah membantunya untuk mengekalkan tahap kecergasan pada tahap tertinggi.

Pemain berusia 19 tahun ini sudah mula berjaya menambat hati pengendali, Bojan Hodak apabila seringkali diturunkan selaku pemain gantian.

Malah, jurulatih kelahiran Croatia ini juga tanpa berselindung mengakui bahawa pemain tinggi lampai ini memiliki potensi untuk menyinar.

Advertisements

Bojan dalam satu temubual selepas perlawanan final Piala AFC menjelaskan bahawa kemasukan Haqimi pada babak kedua adalah disebabkan beliau melihat potensi pemain ini untuk menjadi tunjang utama pasukan.

Beliau yang bermain di posisi penyerang dalam satu temubual turut berkongsikan rutin hariannya selaku pemain bola sepak profesional.

Advertisements

“Saya ada rutin harian pada waktu pagi. Kebiasaannya saya akan makan telur separuh masa tiga biji.”

“Ia penting untuk saya terutamanya bagi proses pemulihan (recovery) tubuh badan saya,” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Beliau turut menyatakan kesudian untuk terus memberikan komitmen penuh bersama pasukan The City Boys bagi menempuhi perjalanan seterusnya dalam karier beliau.

Kini, KL City mahu bangkit daripada kekecewaan apabila dijadualkan bertemu PDRM pada 27 Oktober ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram