RVP Akui Tinggalkan Arsenal Sebab Kena ‘Racun’ Dengan Alex Ferguson
Trivia
manutd.com
Advertisements

Robin Van Persie boleh dikatakan salah seorang penyerang terbaik pernah disaksikan dalam kancah Liga Perdana Inggeris. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada EPL selepas bermain selama 11 musim, lapan musim bersama Arsenal dan tiga musim bersama Manchester United.

Walaupun hanya menjulang trofi EPL sekali bersama United, dan Piala FA sekali bersama Arsenal dalam tempoh tersebut, ianya pencapaian peribadi penyerang dari Belanda itu yang hebat untuk diperkatakan.

Selain memenangi Anugerah Kasut Emas sebanyak dua kali pada musim 2011/12 dan 2012/13, dia juga memecahkan banyak rekod sama ada ketika mewakili Arsenal mahupun United.

Advertisements

Van Persie merupakan pemain kesayangan di Emirates, sehinggalah dia membuat keputusan untuk berhijrah ke United yang merupakan seteru ketat mereka pada musim 2012/13, menyebabkannya dilabel sebagai pengkhianat.

Perpindahannya mencetus sensasi dan menjadi kejutan terbesar dalam saingan EPL musim tersebut, Arsenal melepaskan kapten mereka dalam situasi ‘paksa rela’ dan Van Persie mendedahkan Sir Alex Ferguson adalah punca utama dia membuat keputusan menyertai Red Devils.

Van Persie membuktikan dia membuat keputusan tepat untuk kariernya, mencipta impak segera apabila meledak 26 gol dalam musim pertamanya di Old Trafford, sekaligus membantu Manchester United menjulang gelaran liga buat kali ke-20.

Advertisements

Apa yang membuat Van Persie terduduk selepas itu, adalah pengumuman persaraan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus pasukan Red Devils selepas 26 tahun bersama mereka.

“Saya ada bertanya kepadanya (Alex Ferguson) berapa lama dia berhasrat untuk kekal dan katanya lagi tiga tahun, dan itu yang berada dalam fikiran saya ketika memutuskan meninggalkan Arsenal.

“Adakah saya akan menukar keputusan jika saya tahu dia akan bersara pada hujung musim tersebut? Ia soalan yang sukar untuk saya jawab, mungkin ya.

Advertisements

“Alex Ferguson adalah sebab utama saya sertai Manchester United, itu sesuatu yang pasti. Dia seorang pengurus lagenda dan dia meyakinkan saya Old Trafford adalah tempat yang betul untuk saya. Anda boleh lihat dari saat saya melangkah masuk ke kelab ini semuanya cukup sempurna di bawahnya.

“Hubungan antara pemain dan jurulatih cukup bagus, saya lihat semuanya serba sempurna untuk saya dan itu sebab saya dapat serlahkan lagi sentuhan tajam dan mempertahankan kasut emas dengan menjaringkan 26 gol seterusnya memastikan kejuaraan liga untuk kesekian kalinya.

“Tetapi berita Alex Ferguson bersara mengejutkan saya, tetapi saya cuba untuk tidak patah hati dengannya. Ada sesuatu yang berkaitan kehidupan peribadinya membuatkannya menukar keputusan dan ia sesuatu yang lebih besar daripada bolasepak.

Advertisements

“Saya tidak boleh kata Alex telah menipu atau memberi pandangan mengenai keputusan dibuatnya itu kerana saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi, tetapi cukup mengatakan bahawa keluarga perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam apa jua situasi.

“Alex Ferguson membina legasi dan meninggalkan satu sejarah, kerana dia saya dapat merasai menjulang EPL, ia mustahil untuk diulangi mana-mana pengurus dan saya gembira pernah bermain di bawah bimbingannya,” ujar Van Persie.

Dia kemudiannya bermain dua musim lagi bersama United di bawah bimbingan David Moyes dan Louis Van Gaal, sebelum berhijrah ke Fenerbahce pada 2015 dan menoktahkan kariernya pada 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram