S. Subramaniam Kini Jurulatih Melaka
Liga M3
Melaka Football Club
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, S. Subramaniam kini sah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Melaka FC bagi saingan bola sepak musim 2024/25.

S. Subramaniam membimbing pasukan Melaka Liga M3 bersama dua orang lagi penolong jurulatih, Sapian Wahid dan Mussafar Shah.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman media sosial Facebook Melaka FC tengah hari tadi.

Advertisements

“Berasal dari Sg Siput Perak dan merupakan bekas pemain kebangsaan yang juga pernah bermain dengan beberapa kelab terkemuka dalam kancah bola sepak Malaysia sekitar tahun 2008 hingga 2020 bersama pasukan Selangor, Kelantan, JDT FC, PJ City, Perak dan Kuala Lumpur.”

“Kehadiran Subramaniam dalam skuad pasukan Melaka FC kali ini diharapkan mampu untuk membawa kejayaan dan memberi impak positif kepada pasukan dalam mengharungi saingan Liga musim kali ini.”

Advertisements

“Di samping itu, selain dari menjadi penolong jurulatih, Subramaniam kini juga terlibat aktif sebagai sport pundit di Astro Arena.”

Penolong jurulatih itu merupakan bekas permain kebangsaan yang juga pernah beraksi bersama beberapa kelab terkemuka, antaranya Selangor, PJ City, Perak dan Kuala Lumpur.

Advertisements

Subramaniam juga sebahagian daripada skuad emas Kelantan pada tahun 2011 sehingga 2012 dan beliau sempat beraksi bersama pasukan JDT pada tahun 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram