Sa’ap Baharom Bayar Kepercayaan JDT Dengan Penyudah Ampuh
Komuniti
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ubi muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Sa’ap Baharom pamer persembahan memukau dalam kejohanan Puma Youth Champions League 2023.

Membarisi kesebelasan utama pasukan, Sa’ap berjaya membantu JDT U12 menewaskan wakil dari Singapura, Lion City Sailors.

Biarpun Lion City membuka akaun jaringan terlebih dahulu, JDT kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi ledakan Sa’ap Baharom untuk jaringan pertama JDT.

Advertisements

Sa’ap sekali lagi menjadi watak penting pasukan apabila mencatat jaringan peribadi kedua untuk melebarkan kedudukan buat JDT. Jaringan Sa’ap sekaligus meranapkan hasrat Lion City untuk meraih kemenangan.

Aksi yang berlangsung di Padang KDOJ UTM Skudai menyaksikan JDT mencatat kemenangan bergaya mengatasi Lion City Sailors dengan keputusan 5-2.

Prestasi semasa Sa’ap semakin meningkat naik sejak beliau dibawa masuk ke Akademi JDT. Anak orang asli dari Kelantan ini beberapa kali mencuri perhatian ramai apabila sebelum ini beliau menyinar di kejohanan Piala Supermokh 2023.

Advertisements

Kini bakat pemain berusia 12 tahun ini pastinya akan terus digilap Akademi JDT dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk masa depan bola sepak negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram