Liga Super: Pesta Gol Sabah Benam Kemaraan PJ City
Dunia
MakanBola
Official Sabah FC
Advertisements

Perlawanan kedua Liga Super musim ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Sabah FC menentang Petaling Jaya City FC berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sabah dengan keputusan 3-1.

Kedua-dua pasukan mula memberi tekanan seawal minit pertama permainan apabila serangan bertali arus dilancarkan untuk memperoleh jaringan awal.

Advertisements

Namun begitu, keampuhan benteng pertahanan pasukan Sabah dan PJ City memastikan keadaan terus terkawal.

Peluang terbaik untuk memperoleh jaringan pertama perlawanan hadir menerusi penyerang import pasukan Sabah FC, Taiki Kagayama apabila gerakan cantik beliau disudahkan dengan satu rembatan namun berjaya diselamatkan dengan baik oleh Aqil Razak.

Advertisements

Gol pertama pasukan Sabah hadir apabila satu sepakan percuma cantik oleh Baddrol Bakhtiar ditanduk dengan cukup baik oleh Jackson bagi meletakkan tuan rumah di hadapan.

Sabah jelas terus bersemangat untuk memperoleh gol kedua apabila hantaran sepakan sudut Baddrol disudahkan oleh Neto Pessoa juga menerusi tandukan.

Advertisements

PJ City tidak memberi peluang yang mudah apabila satu serangan balas singgah di kaki S. Kumaahran sebelum beliau melepaskan satu rembatan kencang untuk menewaskan Khairul Fahmi.

Advertisements

Babak pertama berakhir dengan Sabah mendahui dengan keputusan 2-1.

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Ong Kim Swee terus menggandakan usaha untuk memburu jaringan bagi memanfaatkan kesempatan beraksi di tempat sendiri.

PJ City juga mahu mengejar untuk menyamakan kedudukan namun usaha tersebut terbantut apabila sepakan percuma oleh Saddil Ramdani melebarkan kedudukan Sabah.

Advertisements

Perlawanan ini menyaksikan pasukan Sabah berpuas hati untuk meraih 3 mata sementara hasrat PJ City meraih kemenangan kedua tidak kesampaian.

Advertisements

News Comments Account