Sabah FC dilaporkan sedang dalam usaha untuk memburu tonggak kelahiran New Zealand, Dane Ingham.
Pemain berusia 25 tahun merupakan pertahanan versatil dan boleh beraksi selaku pertahanan kiri dan kanan selain pemain tengah bahagian kanan padang.
The Rhinos kini dalam usaha untuk memperkuat pasukan selepas beberapa pemain dilaporkan bakal membawa haluan baharu pada musim hadapan.
Beliau menghabiskan sebahagian besar kariernya di Australia apabila bersama Brisbane Roar, Perth Glory sebelum menyertai Newcastle Jets sejak tahun 2021.
Laporan daripada wartawan terkemuka, T. Avineshwaran mendakwa bahawa Dane kini berada dalam radar Sabah FC.
“Difahamkan bahawa Sabah sedang mencari untuk merekrut bek sayap Newcastle Jets Dane Ingham.
“Beliau juga mampu bermain sebagai pemain sayap, berusia 25 tahun dan telah memenangi 14 caps bersama New Zealand,” ujarnya di laman X.
Tonggak kebangsaan New Zealand ini dilaporkan bakal meninggalkan Newcastle Jets setelah kontraknya bakal tamat pada 30 Jun 2025.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada kelab berhubung usaha untuk mendapatkan pemain ini bagi musim 2025/26.