Sabah FC Nafi Tuduhan Sebuah Portal, Cabar Tampil Berikan Bukti
Dunia
Background: Sabah FC
Advertisements

Sabah FC menafikan laporan dikeluarkan oleh sebuah portal, Borneo Today dengan tajuk “Siasat Salah Laku & Pecah Amanah Dalam Sabah FC“.

Menerusi satu kenyataan rasmi pasukan Liga Super berkenaan, kenyataan daripada Borneo Today dipandang serius dan tuduhan tersebut adalah tidak benar.

“Tiada isu berkenaan ‘mark-up’ seperti dilaporkan Borneo Today. Sabah FC membayar RM30,000 untuk tujuan logistik lampu LED ke Kota Kinabalu.”

Advertisements

“Dan ianya juga dibayar oleh penaja Sabah FC tahun ini.”

“Bagi sistem Catapult pula, hanya RM65,000 dibelanjakan kelab dan ia dibeli secara terus daripada Australia tanpa membabitkan mana-mana orang tengah, tidak seperti yang dinyatakan dalam portal berkenaan.”

Advertisements

Selain itu, Sabah turut mencabar pihak yang membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan segala bukti atas dakwaan tersebut.

“Pihak pengurusan akan membuat laporan polis untuk memaklumkan tentang hasutan ini dan sekiranya portal berkenaan atau mana-mana pihak yang berterusan menabur fitnah tidak berasas, Sabah FC tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.”

Advertisements

Selain itu, pasukan Sabah FC turut percaya bahawa tuduhan berat ini dibuat dengan niat untuk menjatuhkan imej pasukan yang sedang berusaha melatakkan Sabah FC di landasan yang betul untuk baki aksi Piala Malaysia dan aksi liga musim hadapan.

Sabah kini di bawah ketua jurulatih baru, Datuk Ong Kim Swee yang sedang berusaha keras membawa kembali zaman kegemilangan Sabah dengan adunan pemain muda dan senior.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram