Sabah FC Tumpas Kepada Bhayangkara FC
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC sekali lagi menampilkan persembahan yang cukup memukau sungguhpun tidak berjaya membenam Bhayakara FC dan terpaksa akur tewas dengan keputusan 2-1.

Pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee ini turun dengan kesebelasan pemain terbaiknya yang diketuai oleh para pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar, Mari Yahyah bermula dengan cukup garang.

Asakan bertali-arus dilancarkan oleh pasukan di bawah bayu ini jelas memberi kesukaran buat pasukan yang beraksi cemerlang dalam saingan Liga 1 Indonesia ini untuk merencanakan permainan.

Advertisements

Perlawanan pada separuh masa pertama berakhir apabila pasukan tuan rumah berjaya mendahului permainan dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Sabah terus menggandakan usaha untuk memperoleh jaringan untuk menyamakan kedudukan namun seringkali digagalkan oleh barisan pertahanan Bhayakara.

Namun begitu, usaha tak berbelah bahagi berjaya membawa Sabah untuk menjaringkan gol namun ia tidak cukup untuk menghentikan hari indah Bhayangkara FC.

Advertisements

Satu gol yang dijaringkan pada separuh masa kedua sudah cukup untuk menafikan kemenangan pasukan Malaysia ini tatkala beberapa peluang keemasan gagal disudahkan dengan baik.

Sabah kini dalam momentum terbaik untuk terus memburu kejuaraan liga selepas beraksi cemerlang setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram