Sabah Hadapi JDT Tanpa Tujuh Tonggak Utama
Bisnes
Sabah Football Club
Advertisements

Walaupun berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2022, namun satu tamparan hebat buat Sabah FC apabila bakal turun dengan skuad tempang pada aksi menentang gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Difahamkan seramai tujuh pemain utama pasukan Sang Badak tidak akan diturunkan dalam perlawanan getir tersebut atas faktor kecederaan dan status pemain pinjaman dari JDT yang membuatkan pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee pening kepala untuk merencana strategi ampuh bagi mengekang barisan pemain bintang JDT.

Namun begitu, Kim Swee yakin sesiapa yang diturunkan mampu mempersembahkan aksi terbaik lebih-lebih lagi dalam perlawanan pertama separuh akhir di Stadium Likas malam ini.

Advertisements

“Tidak banyak dapat kita lakukan daripada segi latihan di mana kami hanya dapat melakukan latihan-latihan yang ringan dan saya berharap agar semua pemain dalam keadaan yang cukup cergas.

“Kami juga kehilangan khidmat Park Tae Su, Jose Embalo dan Jackson De Souza kerana masih lagi mengalami kecederaan disamping Gary Steven Robbart dan Khairul Fahmy Che Mat serta Stuart Wilkin dan Irfan Fazail yang tidak boleh diturunkan menentang JDT jadi kita akan bermain dengan pemain-pemain yang sedia ada.

“Tetapi saya percaya mereka yang diturunkan mampu menjalankan tugas yang baik apabila bermain pada Selasa terutama apabila bermain di tempat sendiri yang juga adalah perlawanan terakhir kita di Likas untuk musim ini,” katanya seperti dilaporkan Flash Sukan.

Advertisements

Perlawanan kedua separuh akhir yang melibatkan kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 20 November di Stadium Sultan Ibrahim. Pemenang separuh akhir ini akan ke perlawanan akhir bertemu sama ada Terengganu ataupun Selangor yang bakal beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram