Sabah Mahu Dapatkan Khidmat Bekas Bintang Real Madrid
Dunia
Real Madrid
Advertisements

Sabah FK dikhabarkan berminat untuk membawa masuk bekas bintang sensasi Rela Madrid ke dalam pasukan.

Sabah yang kini berada pada tangga kedua  Liga Azerbaijan mahu memantapkan lagi pasukan dalam usaha mengejar kedudukan pendahulu liga, Qarabag FK.

Mereka yang baharu sahaja tewas satu perlawanan pada musim ini mula berusaha untuk membawa masuk nama-nama besar yang mempu memantapkan lagi pasukan.

Advertisements

Menerusi satu laporan oleh wartawan luar negara, Fuad Alakbarov, pasukan bimbingan Murad Musayev itu kini dalam usaha membawa masuk bekas bintang Real Madrid, Jesé Rodríguez Ruiz.

Pemain berusia 29 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas dalam bola sepak Eropah selepas mewakili beberapa pasukan gergasi termasuklah Real Madrid dan juga PSG.

Advertisements

Beliau yang kini beraksi bersama gergasi Turki, Galatasaray mula mencuri tumpuan Sabah untuk mendapatkan khidmatnya.

Selepas 14 perlawanan, beliau berjaya meledak 2 gol dan mencatat satu bantuan gol sekaligus bakal menjadi aset terbaik pasukan yang mendapatkannya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram