Advertising
Sabah Sasar Kekal Dalam Kelompok 3 Terbaik Liga Super
Liga Super
MakanBola
Sabah FC

Pengendali Sabah FC, Martin Stano mensasarkan pasukan itu menamatkan musim dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super.

Sasaran itu dilihat mampu dicapai meskipun Sang Badak telah meraih keputusan seri dalam tiga aksi terakhir liga.

Ad

Terbaru, hasrat Sabah merapatkan jurang dengan Selangor FC di tempat kedua tidak berhasil apabila sekadar seri tanpa jaringan pada 27 Februari lalu.

Ad

Sabah berpeluang meraih tiga mata penuh menerusi penalti penyerang Harimau Malaya, Darren Lok. Malangnya, percubaan beliau berjaya dinafikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Stano percaya sasaran itu mampu dicapai lebih-lebih lagi dengan saingan liga yang masih berbaki.

Ad

“Kita hilang dua mata dengan pesaing terbesar kita (Selangor). Tapi kita masih ada beberapa perlawanan yang kita perlu harungi,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Ad

“Buat masa ini, sasaran kita ialah kekal berada di tempat ketiga. Setakat ini, kita menunjukkan prestasi baik dan harapnya ia dapat diteruskan.”

Ad

Keputusan ini menyaksikan Sabah kekal di tempat ketiga dengan 35 mata. Mereka kini mengalihkan fokus untuk aksi menentang Terengganu FC pada 7 Mac.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments