Sabah, Terengganu Lawan Kelab Denmark Di Thailand
Dunia
Odense Boldklub
Advertisements

Dengan sebahagian kelab Liga Super mengadakan pra-musim di Thailand, ramai menjangkakan lawan mereka dalam perlawanan persahabatan ialah kelab-kelab tempatan. Tapi siapa sangka, salah satu lawan persahabatan pasukan Sabah dan Terengganu semasa di negara itu ialah kelab Denmark, Odense BK.

Ini disebabkan kelab Denmark itu bakal mengadakan program mini pra-musim mereka di Thailand bermula pada 31 Januari hingga 14 Februari ini. Jadual mereka semasa di sana dinyatakan di laman sesawang kelab.

Odense BK bukan lawan sembarangan. Mereka ketika ini menduduki tangga kelima Superliga Denmark dan pernah beraksi di Liga Europa.

Advertisements

Sepanjang tempoh program pra-musim mereka di Negara Gajah Putih itu, mereka akan berpangkalan di pusat latihan kelab gergasi BG Pathum United.

Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee bakal menjadi lawan pertama pra-musim mereka pada 3 Februari ini.

Ini disusuli oleh kelab Liga Thailand 2, Nakhon Pathom United pada 7 Februari. Kedua-dua perlawanan ini akan diadakan di pusat latihan The Rabbits.

Advertisements

Perlawanan persahabatan terakhir Odense BK di Thailand ialah menentang Terengganu pada 12 Februari ini di Stadium BG.

Selain tiga perlawanan persahabatan, kelab Denmark itu turut mengadakan kem latihan sehari untuk kanak-kanak tempatan. Ini memberi peluang kepada mereka berlatih bersama pemain-pemain The Striped.

Dengan The Striped sebagai lawan pemanas badan buat skuad Badak dan Peteh, ini menunjukkan kedua-dua pasukan serius sebagai pencabar Liga Super musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram