Sabah Waspada Dengan Ancaman Kedah Walau Tanpa Kelibat Pessoa
Dunia
Bernama
Advertisements

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tetap waspada dengan ancaman pasukan Kedah FC walaupun penyerang utama, Neto Pessoa yang masih mengalami kecederaan dijangka tidak diturunkan berdepan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Sabah malam ini.

Kim Swee menjelaskan kecederaan dialami pemain kelahiran Brazil itu dilihat mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Namun, beliau telah membuat persiapan awal dan akui mempunyai ramai pemain yang berupaya mengambil alih posisi Pessoa sementara menunggu beliau sembuh.

“Ini penting dalam saingan liga yang begitu panjang. Kecederaan, penggantungan disebabkan kad kuning, harus kita terima dan memastikan sesiapa sahaja yang tersenarai menggantikan pemain-pemain utama boleh menjalankan tugas dengan baik.” jelasnya.

Advertisements

Dalam pada itu, pengendali The Rhinos itu menyatakan anak buahnya perlu bangkit dan mendapatkan semula corak permainan yang lebih cemerlang apabila berdepan Kedah nanti.

Sebelum ini, Sabah FC telah tewas dengan keputusan 0-2 di tangan KL City pada 16 April 2022 sekaligus mahu memastikan setiap pemain fokus kepada perlawanan malam ini.

“Saya percaya semua pemain telah bersedia untuk diturunkan dalam pertembungan menentang Kedah esok bagi memastikan kita bermain dengan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Advertisements

“Kedah merupakan pasukan cukup kuat. Ini terbukti dengan kedudukan mereka sekarang selepas tewas kepada Selangor, mereka bangkit menewaskan Penang FC,” katanya kepada Bernama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram