Ads
SAC 2024: DPMM & Balestier Khalsa Sama Kuat
Asia Tenggara
Selangor FC

Wakil Brunei Darussalam, Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) menutup kempen Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 dengan keputusan seri apabila diikat Balestier Khalsa 3-3.

Advertisements

Selepas tewas 4-0 kepada Selangor FC pada 26 April lalu, anak buah Rui Capela berharap dapat bangkit dalam aksi kedua SAC 2024.

Advertisements

Sementara Hala Tigers yang dibimbing jurulatih Belanda, Peter de Roo pula mahu menambah satu lagi kemenangan selepas menewaskan Young Elephants 1-0.

Advertisements
Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan tampil bersemangat memburu kelebihan gol awal. Balestier Khalsa terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Masahiro Sugita pada minit keenam.

Tersentak, DPMM cuba bangkit mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, gawang mereka sekali lagi dibolosi menerusi rakan senegara Sugita, Kodai Tanaka pada minit ke-19.

Advertisements

Anak buah Capela kembali memperkemaskan rentak dan merapatkan jurang menerusi penyerang muda, Hakeme Yazid Said pada minit ke-28.

Hakeme terus menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Hala Tigers. Beliau kemudiannya menyumbat gol penyamaan DPMM pada minit ke-35.

Kapten DPMM, Azwan Ali Rahman mencipta sensasi dengan melakukan lambungan bola ke arah gawang kosong Balestier Khalsa pada minit ke-45. Keputusan 3-2 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, anak buah de Roo tampil lebih garang untuk mendapatkan gol penyamaan.

Malangnya, barisan pertahanan DPMM diketuai Nur Ikhwan Othman kental menyerap asakan demi asakan jentera serangan Hala Tigers.

Gawang DPMM yang dikawal penjaga gol Macedonia Utara, Kristijan Naumovski akhirnya bocor buat kali ketiga pada minit ke-64. Kali ini, giliran kapten Balestier Khalsa, Alen Kozar meledakkan gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan kemudiannya membuat beberapa pertukaran untuk memburu gol kemenangan.

Malangnya, gol kemenangan yang dicari-cari tidak muncul dan keputusan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Balestier Khalsa dan DPMM masing-masing mengumpul lapan dan empat mata selepas dua perlawanan. Ini menjadikan Hala Tigers berada pada posisi terbaik untuk menggondol kejuaraan SAC 2024.

Walau bagaimanapun, situasi ini boleh berubah seandainya Selangor meraih kemenangan besar ke atas Young Elephants untuk satu lagi aksi SAC 2024 malam ini.

Keputusan ini juga dijangka menambah rencah buat DPMM dan Balestier Khalsa apabila kedua-duanya bersaing dalam Singapore Premier League (SPL) musim 2024/25.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal beradu dalam perlawanan ketujuh SPL yang akan berlangsung pada 5 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram