Saddil Ramdani Memukau Asia, Runtuhkan ‘Tembok’ Vietnam
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Pemain sayap sensasi pasukan Sabah FC, Saddil Ramdani terus membuktikan kualitinya di pentas bola sepak Asia apabila membantu pasukan untuk membenam kelab Vietnam, Hai Phong 4-1.

Bintang sensasi Indonesia itu terus mendapat kepercayaan untuk mengisi kesebelasan utama pasukan The Rhinos.

Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila memperagakan satu persembahan yang cukup baik terutamanya untuk memecahkan tembok kental lawan.

Advertisements

Dalam aksi berdepan Hai Phong, Saddil beraksi sepanjang 88 minit permainan dan mencatat dua bantuan gol.

Beliau membantu Darren Lok untuk menjaringkan gol kedua pasukan menerusi satu hantaran tepat hasil sepakan percuma yang diperoleh di kawasan Hai Phong.

Bekas pemain Sri Pahang ini sekali lagi tenang melakukan hantaran lintang sebelum ditanduk cantik oleh pertahanan Sabah, Gabriel Pires untuk menewaskan Nguyen Van Toan.

Advertisements

Beliau juga telah memberikan kesukaran yang amat berat kepada barisan pertahanan kelahiran Vietnam seperti Viet Hung Trieu, Manh Hung Pham, Van Toi Hang dan Manh Dung Le.

Menerusi penilaian oleh Sofascore, Saddil dinilai setinggi 7.8 selepas mencatatkan dua bantuan gol, melakukan dua rembatan, tiga gelecekan sempurna selain lima hantaran lintang dan empat hantaran jauh.

Dalam tiga aksi terakhir di pentas Piala AFC, Saddil mempamerkan konsistensi sungguhpun ketika ank didik Ong Kim Swee tewas di gelanggang lawan.

Advertisements

Sabah akan berkunjung ke Singapura pada 30 November bagi menghadapi Hougang United yang sudah pun ditewaskan tempoh hari.

@fariszukeiman

Ada sebab mengapa Elias Dolah memilih Thailand berbanding Malaysia. Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #EliasDolah #Thailand #Changsuek #HarimauMalaya

♬ suara asli – 𝐌 𝐀 𝐗 🎧 – 𝑳 𝒊 𝒏 𝒉 ✨
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram