Saddil Ramdani Sasar Indonesia Raih Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea Hanoi
Dunia
Instagram / saddilramdanii
Advertisements

Pemain Sabah FC yang kini bersama pasukan bola sepak Indonesia bawah 23, Saddil Ramdani laung keyakinan untuk pasukan Indonesia meraih pingat emas Sukan Sea Hanoi 2021 yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Ini merupakan penampilan ketiga Saddil di pentas Sukan Sea selepas kali pertama pada tahun 2017 dan seterusnya pada tahun 2019.

Pada tahun 2017, Indonesia meraih pingat gangsa manakala pada tahun 2019 mereka meraih pingat perak selepas tewas kepada jaguh Asia Tenggara, Vietnam di perlawanan final.

Advertisements

“Target saya sudah tentu untuk meraih pingat emas. Seperti apa yang disampaikan jurulatih dan para pemain, kami berharap berjaya untuk edisi kali ini dan memberikan yang terbaik dengan berusaha sehabis baik serta berdisiplin,” kata Saddil seperti dipetik Bola.

Untuk mencapai sasaran emas, Saddil bertekad untuk memberikan segalanya di atas padang dan tidak akan sesekali menyerah kalah.

“Kami tidak boleh menyerah kalah. Jangan sampai satu tahap kita tidak boleh melawan rasa malas dan kepenatan. Kita perlu ‘push’ diri kita sendiri untuk terus mempamerkan aksi terbaik.” tegas Saddil.

Advertisements

Pasukan Bawah 23 Indonesia berada di dalam kumpulan A Sukan Sea 2021 bersama Vietnam, Timor Leste, Filipina, dan Myanmar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram