Saddil Ramdani Tolak Risikan Kelab Korea Untuk Kekal di Malaysia?
Asia
Instagram / saddilramdanii
Advertisements

Saddil Ramdani didakwa menerima tawaran kelab Korea dan menolaknya. Pemain Timnas Indonesia ini kini beraksi dengan cemerlang bersama Sabah dalam saingan Liga Super 2021.

Saddil Ramdani Tolak Risikan Kelab Korea Untuk Kekal di Malaysia?

Pemain sayap Indonesia dan Sabah FC, Saddil Ramdani dikhabarkan pernah mendapat tawaran oleh satu pasukan di liga utama Korea Selatan sebelum ini.

Menurut ejen bola sepak terkenal Indonesia, Eddy Shah yang mewakili pemain yang pernah bermain di pasukan Sri Pahang itu menyatakan bahawa tedapat sebuah pasukan utama liga Korea yang bertanya kepadanya mengenai Saddil Ramdani.

Advertisements

Malah ada wakil daripada pasukan tersebut menelefonnya untuk bertanya dengan lebih serius.

Namun menurut Eddy Shah, tawaran tersebut terbatal setelah pemain berusia 22 tahun itu terpaksa menolak tawaran kelab Korea Selatan tersebut atas beberapa alasan yang tidak disebutkan dan juga tidak mendapat pelepasan oleh kelab yang diwakilinya ketika itu.

Saddil Ramdani bukanlah satu nama yang asing dalam kancah liga Malaysia kerana sebelum ini beliau pernah bermain dan menampilkan aksi bertenaga bersama dengan pasukan Pahang pada musim 2019.

Advertisements

Namun jodoh Saddil bersama Pahang FA tidak kekal lama apabila kontraknya tidak disambungkan Pahang. Saddil kemudiannya pulang semula ke Indonesia pada musim 2020 untuk bermain bersama Bhayangkara sebelum kembali beraksi di liga Malaysia bersama pasukan Sabah FC yang kini menduduki tempat ke-tujuh Liga Super.

Saddil kini mencatatkan tiga jaringan sepanjang 11 aksi bersama pasukan Sabah FC

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram