Sadek Mustaffa Nasihatkan Sumareh Keluar Dari JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penurunan prestasi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh semakin mendapat perhatian banyak pihak yang acap kali mempersoalkan sumbangan beliau ketika beraksi untuk skuad kebangsaan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa merasakan masih ada masa buat Sumareh mengembalikan semula sentuhan berbisa beliau seperti sebelum ini dengan syarat beliau berhijrah ke pasukan lain demi minit permainan.

“Perkara ini bergantung kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) juga kerana kalau mereka mahu terus menjadi juara, sudah pasti mereka akan terus menyimpan Sumareh. Ini (perpindahan) pun bergantung kepada Sumareh sama ada dia mahu bermain di pasukan lain ataupun tidak.

Advertisements

“Cuma kalau Sumareh lihat pada kerjaya dan dia rasa perlu mencari semula kebolehan, kemampuan dan auranya, dia boleh keluar daripada JDT bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

“Jadi dengan ini, dia akan mendapat semula prestasi seperti yang diharapkan apabla beraksi bersama skuad kebangsaan,” katanya.

Umum mengetahui bahawa latihan di JDT adalah sebuah latihan berintensiti tinggi namun bagi Sadek, persembahan sebenar pemain tidak boleh diukur pada sesi latihan dan hanya boleh diukur dalam perlawanan sebenar.

Advertisements

“Latihan adalah berlainan dengan permainan sebenar kerana ini dua dunia yang berbeza. Dari segi aspek prestasi dan persembahan ketika latihan, dia akan ‘burn out’ kerana tiada keghairahan disebakan kurang diberi peluang untuk bermain.

“Persembahan sebenar pemain tidak boleh diukur pada sesi latihan. Apabila kurang minit perlawanan, dia akan merasai tekanan pada aksi sebenar dan apabila gagal melaksanakan tugasnya dengan baik, dia akan kecewa sekali gus bertindak luar emosi.

“Ini sebenarnya yang berlaku ketika aksi final Piala Raja Thailand yang lalu,” katanya kepada BH Sukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram