Safawi Rasid Yakin JDT Akan Buat Habis-Habisan Julang Piala
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yakin bahawa pasukannya sudah pun bersedia sepenuhnya menjelang pertemuan dengan Terengganu pada final Piala FA Sabtu ini.

Bintang berusia 25 tahun ini juga mengakui peluang untuk beraksi di pentas akhir ini amat dinanti-nantikan olehnya dan sedia untuk beraksi sebaik mungkin sekiranya diberi peluang.

Bekas pemain T-Team ini menegaskan bahawa ini merupakan kesempatan yang amat berharga buatnya untuk membantu pasukan disebabkan ia merupakan final pertamanya dalam Piala FA ini.

Advertisements

“Saya akan buat yang terbaik sekiranya diberi peluang kerana ini merupakan final Piala FA saya yang pertama sejak menyertai JDT.”

“Saya dan rakan-rakan akan buat yang terbaik dan pastikan kami akan membawa pulang piala,” jelasnya.

Safawi kini dalam usaha mencari rentak terbaikya dan kerap kali dimasukkan selaku pemain gantian musim ini.

Advertisements

Beliau juga merupakan pilihan utama bersama skuad Harimau Malaya sudah pasti mahu memberikan segalanya bagi menambat hati pengendali pasukan, Hector Bidoglio.

 Perlawanan ini penting bagi meningkatkan moral kedua-dua pasukan bagi meneruskan baki saingan Liga Super musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram