Safawi Rasid Mahu Kembalikan ‘Vibes’ 2019
Dunia
Harimau Malaya
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Muhammad Safawi bin Rasid tekad untuk membuktikan kemampuan sebenar pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal melabuhkan tirai pada 8 Jun kelak.

Safawi Rasid ketika sesi temu ramah selepas menjalani latihan pusat menyatakan keazamannya untuk memberikan seratus peratus dan menampilkan aksi terpuji ketika menyarung jersi kebangsaan kelak.

Pemain yang berusia 24 tahun ini juga berhasrat untuk mengembalikan suasana kegemilangan Malaysia di bawah kendalian Tan Cheng Hoe suatu masa ketika dahulu pada 2019. Ketika itu nama Safawi meniti di bibir peminat tanah air dengan jaringan serta aksi mantapnya bersama kem kebangsaan.

Advertisements

“InsyaAllah, kalau saya diberi peluang daripada ketua jurulatih untuk bermain, saya akan bawa balik vibes pada tahun 2019,” ujar Safawi kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, anak jati Dungun Terengganu ini menganggap Malaysia memiliki beberapa kelebihan antaranya ialah bermain di laman sendiri dan beraksi dihadapan penyokong Harimau Malaya.

Menjadi satu kewajipan buat beliau dan rakan sepasukan untuk bermain sepenuh hati bagi meraih keputusan positif sekaligus mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Advertisements

“Kita dah lama tak main sebagai tuan rumah untuk pasukan kebangsaan. Jadi saya rasa ini peluang terbaik untuk saya dan rakan sepasukan memberikan yang terbaik untuk Harimau Malaya.”

Sebelum skuad kendalian Kim Pan-gon menghadapi cabaran sebenar bertemu Turkmenistan pada 8 Jun kelak, skuad kebangsaan akan menghadapi aksi persahabatan bertemu Brunei Jumaat nanti sebelum Hong Kong pada 1 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram