Safawi Rasid Masih Gembira Bersama Ratchaburi
Asia Tenggara
Ratchaburi FC
Advertisements

Sejak beberapa minggu lepas, timbul spekulasi Safawi Rasid dikatakan tidak gembira bersama kelab Thai League 1, Ratchaburi dan dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan Liga Super. Tetapi menurut penolong jurulatih The Dragons, Somchai Maiwilai, khabar angin tersebut dianggap tidak benar sama sekali.

Khabar angin Safawi tidak gembira di Ratchaburi timbul selepas namanya tidak disenaraikan dalam beberapa perlawanan mereka. Ini termasuk perlawanan terbaru Thai League 1 menentang PT Prachuap pada minggu lepas.

Tetapi menurut Somchai, ketiadaan bekas pemain sayap Terengganu itu disebabkan beliau mahu menguruskan masalah kesihatan yang dialami bapanya. Justeru, khabar angin bahawa pemain sayap Harimau Malaya itu tidak gembira hanyalah sekadar salah faham.

Advertisements

“Saya fikir itu cuma salah faham. Safawi, dia rasa tidak selesa disebabkan bapanya tidak sihat dan memerlukan pembedahan. Tetapi bila Safawi pergi, bapanya tidak mahu menjalani pembedahan. Itu mendorongnya pulang ke Malaysia untuk menjaga bapanya.

“Jadi, saya fikir ia lebih kepada kesilapan komunikasi. Dan dia masih gembira bersama pasukan,” katanya kepada SNESport.

Safawi disenaraikan dalam perlawanan separuh akhir Thai League Cup menentang BG Pathum United semalam. Walaupun tidak menjaringkan gol, rembatan pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang terkena tiang mudah disempurnakan rakan sepasukan Pathomcai Sueasakul pada minit ke-29.

Advertisements

Bagaimanapun, hasrat The Dragons layak ke final tidak kesampaian selepas Teerasil Dangda memastikan tuan rumah meraih kemenangan 2-1. Ini membolehkan mereka bertemu menentang Buriram United yang diwakili rakan sepasukan Safawi dalam pasukan kebangsaan, Dion Cools dalam aksi final pada 20 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram