Safawi Rasid: Mungkin Ambil Masa, Tetapi Kita Akan Berjaya
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap negara, Safawi Rasid mengakui kelebihan yang ada pada setiap pemain Korea Selatan.

Beliau percaya bahwa skuad kendalian Jurgen Klinsman mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding Malaysia. 

“Ramai daripada mereka beraksi di Eropah. Mereka punya kelebihan dari segi konfiden lebih tinggi daripada kita, Saya harap perlawanan ini kita mendapat keputusan yang positif,” kata Safawi Rasid dalam sidang media perlawanan dipetik daripada Astro Arena

Advertisements

Walaubagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu yakin dengan kemampuan Malaysia untuk memberi tentangan hebat kepada Korea Selatan. 

Beliau akui setelah dua tahun beraksi dibawah kendalian jurulatih Kim Pan-gon pastinya perubahan yang lebih baik akan dilihat meskipun mengambil masa.

Advertisements

“Mereka punyai kelebihan dari segi hantaran pendek yang kemas bermula daripada bawah.

“Tapi saya percaya apa yang jurulatih terapkan dalam dua tahun ini, insyaAllah amik masa kita akan berjaya,” katanya lagi. 

Advertisements

Skuad Harimau Malaya pastinya turun dengan semangat juang yang tinggi bagi menamatkan saingan Piala Asia dengan keputusan positif. 

Sementara Korea Selatan pula, mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri atau lebih baik mendapatkan tiga mata penuh bagi mengesahkan kedudukan dua terbaik dalam kumpulan.

Advertisements

Malaysia akan bertemu Korea Selatan pada hari ini, yang berlangsung jam 7.30 malam waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram