Pemain terbaik dalam sejarah Piala AFF Suzuki, Safee Sali, beliau akui akan kemampuan dirinya untuk terus beraksi dalam kancah liga bola sepak Malaysia musim hadapan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan penyerang KL City itu, beliau yakin tidak mengalami kecederaan yang teruk sepanjang kariernya antara sebab utama kecergasan fizikal badan beliau masih mampu lagi untuk terus konsisten menjalani latihan.
Mengulas lanjut, bekas penggempur kebanggsaan itu kini masih di fasa perbincangan dengan pihak berkenaan dan beliau memutuskan untuk terus beraksi sekurang-kurangnya dua musim lagi bersama KL City.
“Saya memutuskan bahawa masih boleh bermain, saya tidak pernah mengalami kecederaan yang serius. Badan saya masih lagi mampu menjalani latihan dan akan terus beraksi pada musim depan,”
“Saya masih ingin bersama Kuala Lumpur, kami masih menjalankan perbincangan untuk musim depan dan seterusnya,” kata Safee kepada Nadi Arena.
Untuk rekod, Safee Sali baru-baru ini telah berjaya membantu pasukan KL City untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021 menewaskan Johor Darul Ta’zim sekaligus melengkapkan trofi kejuaraan sepanjang kariernya yang hampir mencecah 20 tahun.