Safee Sali Berpeluang Cipta Sejarah, Dakap Piala AFC Kali Kedua
Dunia
instagram: supersafee_10
Advertisements

Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali berpeluang untuk mencipta sejarah peribadi  apabila berjaya membawa KL City ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 ini. 

Sebelum ini, beliau berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC pada tahun 2015 ketika bersama Johor Darul Ta’zim dimana pada ketika itu adalah kejuaraan yang pertama buat JDT bagi Piala AFC. 

Beliau yang kini masih lagi sebagai status pemain KL City mengakui ia satu tuah pada dirinya kerana berada dalam pasukan yang luar biasa ini. 

Advertisements

“Sangat-sangat istimewalah bagi saya kerana bukan senang untuk menjejakkan kaki ke final Piala AFC untuk kali kedua, saya amat bersyukur dan KL City pun bermain sangat baik sepanjang saingan Piala AFC ini.

“Alhamdulillah kerana ini bukan peluang yang saya aturkan, ini semua suratan takdir dan rezeki dan saya rasa amat bertuah berada dalam pasukan ini dalam perlawanan akhir Piala AFC

Meskipun jarang diturunkan beraksi, pemain berusia 38 tahun ini tetap memberi dorongan dan sokongan kepada semua pemain ketika di dalam atau luar pdang untuk terus memastikan pasukan sentiasa berada di landasan terbaik. 

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau dengan jujur menyatakan hanya mahu menghayati momen-momen ini kerana ini merupakan pencapaian terbaik dalam kariernya. 

“Sedikit sebanyak saya hanya membantu dari segi sokongan moral untuk pemain-pemain semasa latihan dan perlawanan. Jadi ini karier saya yang terbaiklah, apabila dapat berada dalam Piala AFC dua kali.

“Jadi saya hanya ingin menikmati suasana final Piala AFC, peringkat tertinggi di Asia yang penting sekali syukur Alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Perlawanan akhir Piala AFC menyaksikan tuan rumah KL City akan menerima kunjungan kelab daripada Oman, Al Seeb pada Sabtu ini, jam 7 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram