Safee Sali & Cesc Fàbregas Ke Amerika Syarikat
Dunia
KL City & The Sun
Advertisements

Pemain lagenda kebangsaan, Safee Sali akan berangkat ke Amerika Syarikat bagi menyertai kejohanan The Soccer.

Beliau yang bakal mewakili pasukan Far East United telah diundi dalam saingan kumpulan D dan akan berentap dengan pasukan West Ham, Culture By Mo Ali FC dan Dallas United di The Scoccer Tournament.

Kejohanan yang disertai 32 pasukan daripada 8 kumpulan ini akan berlangsung pada 1 hingga 4 Jun 2023 dan bermain dengan format 7 sebelah. Safee menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang bakal beraksi dalam pertandingan ini.

Advertisements

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa The Soccer Tournament ini turut disertai bintang dunia seperti Cesc Fabregas dan Carlton Cole.

Selepas mengumumkan persaraan daripada menjadi pemain bola sepak secara professional pada 21 Februari lepas, Safee kini kembali ke kancah bola sepak untuk bersaing dan beradu nasib bersama bintang dan lagenda-lagenda dunia kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram