Safee Sali: Kesungguhan Hadi Fayyadh Bakal Menjadikannya Penyerang Berbisa
Blog
Advertisements

Aksi penyerang muda bawah 23 tahun negara, Muhammad Hadi Fayyadh bin Abdul Razak yang beraksi di Liga ke-3 Jepun sejak 3 tahun lalu membuatkan para penyokong sentiasa mengikuti perkembangan bola sepaknya di sana.

Fayyadh yang melengkapkan perpindahannya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Fagiano Okayama pada tahun 2019 berjaya menyesuaikan diri dengan baik sepanjang tiga tahun berada di bumi Jepun. Terbaru, beliau dipinjamkan oleh kelabnya ke kelab Azulclaronumazu di Liga ke-3 Jepun untuk memberikannya lebih banyak peluang beraksi dengan lebih kompetitif.

Namun, Fayyadh sedang dibelenggu kecederaan ACL dan sedang dalam proses pemulihan yang memaksanya melupakan aksi buat sementara waktu. Dalam satu sesi live bersama penyerang lagenda negara, Safee Sali, beliau ada meminta kata-kata semangat daripada pemain berusia 36 tahun ini untuk memotivasikan dirinya bagi melalui tempoh sukar di sana.

Advertisements

Jelas Safee, Fayyadh perlu fokus 100% untuk menjalani proses pemulihan dan mengikuti jadual yang telah dibekalkan kepadanya supaya segala proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar:

“Fayyadh perlu fokus untuk pulih semula dan ikut jadual rehab tu supaya dapat kembali dalam keadaan yang baik.”

Selain itu, Fayyadh juga menceritakan pengalaman terbesar dalam kariernya bermain bola di sana sambil menjelaskan beberapa misi utamanya termasuklah impian untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya seperti yang pernah dilakukan idolanya iaitu Safee Sali yang sungguh klinikal di hadapan pintu gol.

Advertisements

Tambah pemain berusia 21 tahun ini, beliau sedaya upaya meletakkan fokus untuk pulih terlebih dahulu daripada dibelenggu kecederaan agar dapat membantu mencapai impian pasukannya untuk naik ke divisyen 2 di Liga Jepun.

“Harapan saya untuk membantu pasukan kerana misi kami adalah untuk naik ke J2, jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu pasukan mencapai misi tersebut.”

Beliau juga menegaskan bahawa minit permainan di sini penting untuk diperolehinya bagi membuka peluang buat dirinya membarisi skuad kebangsaan.

Advertisements

“Saya merancang apabila memperoleh lebih minit permainan di sini, saya berharap agar dapat terpilih untuk mewakili pasukan negara kerana ia merupakan cita-cita dan azam saya.”

Semoga Hadi Fayyadh dapat segera pulih daripada kecederaan agar rakyat Malaysia dapat melihat pemain itu mewarnai saingan Liga Jepun sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram