Safee Sali Masih Tiada Pasukan
Liga Super
MakanBola
FifPro
Advertisements

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali merupakan antara pemain ternama yang masih belum mempunyai pasukan untuk diwakili bagi kempen Liga Malaysia musim ini selepas meninggalkan bekas pasukannya, Kuala Lumpur City FC (KL City).

Safee, 39 bukanlah nama yang asing buat bola sepak Malaysia apabila hampir dua dekad mencipta nama di persada bola sepak negara dan menjadi antara penyerang berbisa yang pernah dilahirkan negara dalam tempoh dua dekad tersebut.

Advertisements

Ada juga suara-suara yang memberi bayangan bahawa Safee akan menggantung but selepas dikatakan masih belum mempunyai pasukan bagi kempen Liga Malaysia 2023. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Menjelang tarikh tutup jendela perpindahan pertama pemain Liga Malaysia, Safee Sali antara pemain senior yang masih belum mempunyai pasukan sekaligus dijangka umumkan persaraan selepas hampir dua dekad beraksi di Liga M,” kongsi Zulhelmi di laman twitternya.

Advertisements

Untuk rekod, Safee telah mewakili beberapa pasukan di Liga Malaysia sepanjang karier bola sepak beliau seperti Sarawak, Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City FC (PJ City) dan KL City. Selain itu, Safee pernah mencipta sensasi di Indonesia apabila pernah menjadi ayam tambatan buat pasukan Pelita Jaya sekitar tahun 2011 dan 2012.

Advertisements

News Comments Account