Safee Sali ‘Mengidam’ Julang Piala Malaysia Pertama Dalam Kariernya
Blog
instagram: supersafee_10
Advertisements

Siapa yang tak mengenali sosok pemain berusia 37 tahun ini. Individu bernama Safee Sali ini merupakan pemain yang berpengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di dalam negara mahupun di luar negara.

Namun dalam karier pemain Kuala Lumpur City FC ini, beliau masih belum lagi merasai nikmat menjulang Piala Malaysia ketika bersama kelab-kelab yang diwakilinya dahulu.

Safee menjelaskan bahawa edisi kali ini merupakan detik yang terbaik untuk menjulang piala tertua di Malaysia dan juga antara kejohanan yang tertua di rantau Asia itu.

Advertisements

“Secara jujur, saya mengharapkan ada rezeki buat kali ini bersama KL City kerana belum ada rezeki saya memenangi Piala Malaysia dengan tiap pasukan yang saya sertai.

“Saya sudah merasai kejayaan memenangi trofi utama sepanjang bermain di Liga Malaysia tetapi jika berjaya memenangi Piala Malaysia, maka lengkaplah koleksi kejuaraan buat saya sepanjang bergelar pemain.

“Bersama KL City, saya akan berusaha sedaya membantu pasukan mara sejauh mungkin dan berdasarkan prestasi hebat kami di laman sendiri yang belum tewas, saya rasa kami mampu melakar sesuatu.

Advertisements

“Segalanya tampak menjadi kebelakangan ini dengan segala kerja keras rakan sepasukan yang dipamerkan semasa latihan, mula membuahkan hasil dan harap rentak positif mampu diteruskan sepanjang saingan TM Piala Malaysia,” katanya.

Berada di Kumpulan A Piala Malaysia, KL City kini berada di tangga kedua selepas mengumpul 4 mata hasil 1 kemenangan dan 1 keputusan seri.

Safee yang merupakan penjaring terbanyak Piala AFF 2010 juga mengharapkan pengendali KL City, Bojan Hodak terus memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membarisi skuad dalam saingan Piala Malaysia ini.

Advertisements

“Apabila diturunkan buat pertama kali, tidak dinafikan ada perasaan kekok kerana sekian lama tidak bermain tetapi saya rasa bersyukur sudah boleh menyesuaikan diri.

“Saya harap jurulatih, Bojan akan terus berikan peluang buat saya untuk beraksi sepanjang saingan TM Piala Malaysia walaupun ada kalanya beliau mungkin ada perancangan tersendiri dalam soal susunan pemain pada tiap perlawanan,” kata bekas pemain kebangsaan itu kepada MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram