Ads
AFC Cup
Terengganu FC

Penyerang lagenda negara, Safee Sali memuji impak yang dibawa oleh pertahanan kental Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni ketika memacu cabaran kelab di pentas Asia.

Advertisements

Pemain berusia 25 tahun itu mendapat kepercayaan penuh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengisi posisi pertahanan dengan rata-tata pemain tempatan diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Menerusi satu analisis yang dilakukan oleh trio lagenda negara, Razman Roslan, Safee Sali dan S. Subramaniam di Astro Arena, mereka memuji impak barisan pertahanan Terengganu yang cukup konsistne pada musim ini.

Advertisements

Advertisements

“Pertahanan Terengganu sangat konsisten. Mereka ada Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam di bahagian tengah, yang menariknya posisi mereka tidak pecah walaupun Azam naik untuk membantu serangan.”

“Safwan akan naik sedikit untuk membantu bahagian tengah manakala Shahrul akan membuat kerja-kerja kotor,” ujar Razman.

Advertisements

Menurut data yang dikongsikan oleh Safee, purata hadangan yang dilakukan oleh Shahrul Nizam amat bagus terutamanya ketika membawa nama Malaysia di Asia.

“Beliau (Shahrul) memiliki ketepatan waktu untuk melakukan hadangan, sentiasa sempurna malah keserasian dengan Safwan juga amat baik,” jelasnya kepada Astro Arena.

Anak jati Kelantan itu sudah beraksi dua perlawanan di pentas Piala AFC ketika menang berdepan Central Coast Mariners dan seri menentang Bali United.

Advertisements

Terengganu akan melayan kunjungan kelab Filipina, Stallions FC pada 25 Oktober 2023 di laman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram