Dunia
Johnny2
Advertisements

Penyerang pasukan Kuala Lumpur City FC, Safee Sali hari ini mencuri tumpuan para penyokong tanah air menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebooknya sekaligus mendapat reaksi yang pelbagai daripada pemainat bola sepak tempatan.

Penyerang berusia 37 tahun ini ternyata mengikuti rapat perkembangan pasukan kebangsaan termasuklah perlawanan persahabatan tier 1 yang berlangsung semalam menyaksikan skuad Harimau Malaya tumpas 4-0 kepada tuan rumah, Jordan.

Sambil itu, bekas penyerang Malaysia ini memuat naik satu gambar bersama rakan-rakan sepasukan beliau di KLFC iaitu Zhafri Yahya dan juga seorang lagi rakan yang mendapat panggilan skuad kebangsaan iaitu Kenny Pallraj.

Advertisements

Namun begitu, perkara yang menarik perhatian adalah menerusi kenyataan pada caption gambar tersebut yang mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong.

Ayat yang dinyatakan tersebut seolah-olah menggambarkan pertanyaan beliau kepada situasi semasa dalam kem skuad negara susulan kekalahan pada perlawanan semalam.

‘Hello Harimau Malaya,’-Tulis beliau pada hantaran gambar tersebut.

Advertisements

Ia seperti memberi bayangan menerusi gaya panggilan telefon yang dilakukan oleh Safee dalam gambar tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai ketandusan gol yang dialami oleh pasukan negara.

Ia ternyata mendapat pelbagai respon daripada para peminat yang ingin menyaksikan kelibat pemain yang digelar ‘Super Safee’ itu kembali memperkuat pasukan Harimau Malaya.

Komen yang paling mendapat perhatian adalah menerusi pemain pertahanan import KL City, Giancarlo Gallifuoco yang ternyata yakin bahawa Safee masih memegang status sebagai penyerang berbisa.

Advertisements

‘Jika kamu perlukan gol? Hubungi Safee,’-Tulisnya di ruangan komen hantaran tersebut.

safee 1 Safee Sali Tanya Apa Khabar Pada Harimau Malaya

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram