Safee Sali Teruja Beraksi Menentang Pemain Berkelas Dunia
Dunia
Safee Sali
Advertisements

Bermula hari ini sehingga 4 Jun, kejohanan The Soccer Tournament (TST) bakal berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan menampilkan 32 pasukan antarabangsa. Bagi bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, beliau amat teruja kerana ini memberi peluang kepadanya menentang pemain-pemain berkelas dunia.

Safee mewakili Far East United di mana para pemainnya berasal atau pernah beraksi di rantau Asia Tenggara. Selain bekas penyerang Selangor itu, kelab itu turut diperkuatkan pemain-pemain seperti Anton Del Rosario, Bienvenido Morejon, Masaki Watanabe dan Charryl Chappuis.

Safee mengakui format tujuh lawan tujuh yang digunakan untuk TST sebagai lain dari yang lain. Format ini bukan saja menjadikan perlawanan bola sepak yang diharungi pantas tetapi juga seronok untuk dinikmati sebagai pemain.

Advertisements

“Dalam pasukan ini, ada berbagai-bagai dinamik dari segi corak permainan. Bukannya 11 lawan 11 tetapi tujuh lawan tujuh. Permainannya kebelakangan ini macam hari ini sangat pantas.

“Unitnya pun lain, zonal defensenya banyak, peralihan ke pertahanan pun cepat jadi perlawanannya itu laju dan menyeronokkan.

Advertisements

“Dan saya rasa dengan pemain-pemain yang dijemput ke Far East United, saya rasa ia akan banyak membantu Far East United dalam kejohanan TST ini,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena.

Walaupun sudah biasa beraksi sebagai penyerang baik di peringkat kelab mahupun di Harimau Malaya, Safee tidak kisah beraksi di mana-mana posisi. Ini kerana pada akhirnya, terpulang kepada jurulatih Far East United, Matt Holland untuk menentukan taktik dan posisi bersesuaian dalam setiap perlawanan.

Advertisements

“Ia bergantung kepada jurulatihlah. Saya rasa posisi saya memang di bahagian seranganlah, jadi cara permainannya pun lain sebenarnya. Ia bukan memerlukan Safee Sali untuk merembat atau sebagainya, ini lebih banyak kepada lain dari yang lain,” ujarnya.

Dengan TST bermula hari ini, Far East United bakal memulakan aksi pertama Kumpulan D menentang West Ham United.

Advertisements

Dengan The Hammers dianggotai ramai pemain berstatus legenda seperti Carlton Cole, Luis Boa Morte dan Anton Ferdinand, Safee percaya perlawanan ini akan menjanjikan aksi menarik kedua-dua pasukan.

“Perlawanan pertama nanti, Far East United akan bertemu dengan West Ham United. West Ham ada Anton Ferdinand, Luis Boa Morte dan Carlton Cole. Saya tak sabar 1 haribulan nak bertemu pemain-pemain legenda EPL. Dan Insya Allah, saya akan beri yang terbaik untuk kejohanan ini,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram