Safee Sali Titip Pesanan Buat Baddrol Bakhtiar
Komuniti
FB Baddrol Bakhtiar/ IG Supersafee 10
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali ambil maklum mengenai tindakan bekas pemain Sabah FC dan Kedah, Baddrol Bakhtiar yang mengambil keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Baddrol yang baru sahaja meninggalkan Sabah FC bulan lalu kini sah mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Gurun. PRN yang berlangsung di enam buah negeri itu akan dijalankan pada 12 Ogos ini.

Safee yang pernah bersama Baddrol dalam skuad kebangsaan mempunyai pandangan beliau tersendiri mengenai tindakan Baddrol itu. Dalam masa yang sama, Safee juga mendoakan yang terbaik buat Baddrol.

Advertisements

“Saya rasa tak salah sebenarnya (sertai politik) tapi bagi saya apa jua bidang yang dipilih kena lakukannya dengan betul. Niat yang betul dan apa tujuannya. Saya mendoakan YB Baddrol berjaya selepas ini dan sentiasa menjalankan tanggungjawab apa yang dijanjikan.

“Saya tak katakan benda tu (sertai politik) salah. Jika mereka mampu memikul tanggungjawab itu, mereka harus lakukan. Saya nak tengok dia (Baddrol) betul-betul berjaya dan mengangkat apa yang dijanjikan. Jadi benda tu menaikkan lagi martabat seorang pemain bola sepak profesional,” jelas Safee seperti yang dikongsikan Baddrol di laman instagram miliknya.

Selain mendoakan Baddrol, Safee juga menetapkan pendirian bahawa tidak akan menyertai mana-mana parti politik kerana sebagai seroang ahli sukan, dirinya adalah milik seluruh rakyat Malaysia.

Advertisements

“Saya tidak mahu terlibat dalam mana-mana politik sebab saya adalah ahli sukan. Saya milik semua rakyat Malaysia, bukan mana-mana parti,” katanya lagi.

Untuk rekod, karier Baddrol bersama pasukan Kedah bermula dari tahun 2006 hingga tahun 2021 sebelum beliau membuat keputusan untuk menyertai pasukan Sabah pada 2022. Jodoh Baddrol bersama Sabah tidak kekal lama apabila mengumumkan meninggalkan kelab The Rhinos itu pada 14 Julai lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram