Safee Sali Tiup Semangat Buat Harimau Malaya
Dunia
Advertisements

Bekas pemain Harimau Malaya, Safee Sali melaungkan kata-kata semangat buat barisan pemain skuad kebanggsaan yang akan menentang pasukan Kemboja dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan bagi saingan Piala AFF Suzuki petang ini. 

Pemenang Piala Malaysia 2021 itu menyatakan bahawa setiap pemain yang dipanggil pasti mempamerkan aksi yang luar biasa dalam padang. Baginya, mewakili pasukan Harimau Malaya adalah menjadi satu kebanggaan. 

Penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu turut percaya bahawa barisan pemain akan bermain secara bermati-matian demi negara. Pengalaman dan kebijaksanaan para pemain akan menjadi taruhan untuk menuntut aksi terbaik Harimau Malaya.

Advertisements

“Dalam pasukan kebangsaan, semua pemain yang dipanggil ingin menunjukkan sesuatu kerana pasukan kebangsaan adalah satu kebanggaan.

“Saya rasa siapa yang dipilih akan bermain mati-matian, tapi ini semua bergantung pada kebijaksanaan dan pengalaman pemain yang ada,”

Dalam pada itu, pemain berusia 37 tahun itu baru sahaja melengkapkan trofi kejuaraan dalam rekod peribadinya dimana beliau berjaya membantu pasukan KL City untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021. 

Advertisements

“Satu kebanggaan untuk diri saya dan pasukan yang akhirnya saya balik ke KL dan bawa sesuatu untuk pasukan. Akhirnya selepas 32 tahun, KL berjaya menang Piala Malaysia dan lengkapkan trofi dan pingat dalam kerjaya saya.

“Alhamdulillah sudah lengkap (trofi kejuaraan) Piala AFC, Liga Super, Piala FA, semua sudah berada dalam kabinet saya,” kata Safee kepada Berita Harian

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram