“Safee Tak Pernah Bagitahu Saya” – Matyo
Liga Super
Stadium Astro
Advertisements

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha mengakui terkejut dengan pengakuan rakannya, Safee Sali yang menganggap bwliau sebagai rakan gandingan terbaik dalam kariernya.

Beliau yang kini bersama Harini FT dalam saingan Liga M3 mengakui sedikit terkejut apabila mendengar perkhabaran bahawa Safeee memutuskan untuk bersara.

Walau bagaimanapun, beliau menghormati keputusan rakannya itu seandainya keputusan ini adalah yang terbaik buat kariernya.

Advertisements

Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai kenyataan Safee Sali yang ‘mengiktiraf’ Matyo sebagai rakan terbaiknya di atas padang.

“Safee ada cakap macam itu ke? Kenapa dia tak pernah cakap dekat saya pun,” ujarnya berseloroh.

“Saya doakan dia berjaya selepas ini.”

Advertisements

Beliau menganggap setiap detik yang terakam bersama bekas penyerang KL City itu amat bermakna dan tidak akan melupakan perkara tersebut.

Sebagai rekod, Safee telah menjaringkan 26 gol selepas beraksi dalam 76 perlawanan bersama pasukan kebangsaan.

Beliau kini difahamkan akan bertugas selaku pengacara bagi mewarnai kancah bola sepak tempatan bersama Astro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram