Safiq Rahim Dan Baddrol Bakhtiar Buktikan Usia Hanya Angka
Blog
MakanBola
KDA FC
Advertisements

Pemain tengah mempunyai peranan yang cukup besar untuk mengawal tempo permainan. Mereka umpama mesin yang akan menggerakkan bola ke atas mahupun ke bawah.

Di eropah kita dapat lihat bagaimana kehebatan pemain tengah seperti N’Golo Kante, Paul Pogba mahupun Toni Kroos yang berjaya mengawal bahagian tengah pasukan masing-masing dengan baik.

Advertisements

Kita di Malaysia juga perlu berbangga kerana berjaya melahirkan pemain tengah yang berkualiti seperti Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar.

Walaupun kedua-dua pemain ini semakin berusia, namun prestasi mereka di Liga Super musim ini sangat cemerlang dan layak dijadikan contoh bakat-bakat muda dalam negara.

Advertisements

Safiq Rahim (JDT) , 34 Tahun

Safiq merupakan pemain yang baru menyertai semula pasukan Johor Darul Ta’zim selepas 2 musim meninggalkan kelab tersebut.

Advertisements

Penyertaan semula Safiq di JDT ternyata disenangi penyokong-penyokong kelab yang mahu melihat lagenda kelab itu terus menabur bakti di kelab kesayangan mereka itu.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Advertisements

Pada musim pertama sekembalinya beliau di JDT, beliau tidak menunggu masa yang lama untuk menyerlah.

Seawal perlawanan kedua liga lagi  beliau sudah berjaya menghasilkan satu bantuan gol untuk memberikan kemenangan 2-0 ke atas Penang FC ketika itu.

Advertisements

Sehingga kini, beliau sudah menghasilkan 5 bantuan gol yang menyaksikan beliau merupakan penyumbang bantuan gol tertinggi di JDT.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Advertisements

Aksi beliau di Liga Juara-Juara Asia (ACL) juga diserikan dengan satu bantuan gol ketika perlawanan menentang Ratchaburi FC.

https://www.youtube.com/watch?v=wSyvlJG7GPU
Bantuan gol Safiq ketika menentang Ratchaburi FC di Liga Juara-Juara Asia (ACL)

Baddrol Bakhtiar (Kedah Darul Aman FC), 33 Tahun

Advertisements

Pemain kesayangan seluruh penyokong Kedah ini merupakan lagenda kelab yang setia beraksi untuk skuad hijau kuning sejak 2006 lagi.

Baddrol boleh beraksi di bahagian sayap kanan dan juga sebagai pemain tengah. Beliau juga berkebolehan dalam mengambil ‘set-piece’.

Advertisements

Pada musim ini, Baddrol membuktikan bahawa beliau merupakan pemain tempatan yang terbaik ketika ini dengan aksi yang memukau.

Advertisements

Sehingga kini, beliau telah turun dalam 17 penampilan. Beliau berjaya menghasilkan 5 jaringan dan 3 bantuan gol.

Baddrol yang memakai lilitan kapten Kedah, kini merupakan penjaring terbanyak tempatan dan berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan pemain muda Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Advertisements

Penutup

Aksi Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar pada musim ini ternyata menutup mulut pelbagai pihak yang melihat usia sebagai satu aspek penurunan prestasi.

Advertisements

Visi mereka untuk menjaringkan gol dan menghasilkan bantuan gol ternyata sangat diperlukan skuad kebangsaan yang dilihat kurang kreativiti sebelum ini.

Masih relevankah mereka di peringkat antarabangsa? Segalanya terserah kepada pemilihan pemain yang akan dinilai oleh Tan Cheng Hoe.

Advertisements
Tan Cheng Hoe 1 Safiq Rahim Dan Baddrol Bakhtiar Buktikan Usia Hanya Angka

News Comments Account