Dunia
IG Safuwan Baharudin
Advertisements

Selepas tular satu rakaman salah seorang penyokong Ultras Selangor memaki hamun pemain import Selangor dari Singapura, Safuwan Baharudin, para peminat bola sepak tanah air ternyata sangat terkejut dengan apa yang terjadi.

Ini kerana, rata-rata penyokong Selangor dilihat berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan pasukan Selangor dan mereka juga meminta agar penyokong yang memaki pemain itu ‘tunjuk bakat’ di atas padang.

Beberapa jam selepas insiden tersebut, Safuwan telah memuatnaik satu ‘instagram story’ di instagram peribadi beliau. Muat naik tersebut dilihat seperti luahan hati mengenai insiden yang menimpa beliau dan para pemain semalam.

Advertisements

“Selagi kapten pasukan, Brendan Gan tidak berada di atas padang, saya akan cuba menjaga rakan-rakan sepasukan di dalam mahupun di luar padang. Tetapi jika insiden seperti semalam terjadi, ianya memang agak mengecewakan bagi saya.

“Perkataan yang keluar dari mulut anda, melambangkan banyak perkara bagi diri anda sebagai seorang manusia.

“Ayuh kita lupakan mulai sekarang, tetap sokong pasukan walau apa pun yang terjadi. Di hujung nanti, kita tetap masih manusia. Jadi positif. Saya maafkan anda.” luah Safuwan di instagram beliau.

Advertisements

Kemenangan 4-1 menewaskan Kedah semalam menjadikan Selangor berada di tempat ke-5 Liga Super dengan 5 mata.

Safuwan Baharudin story Safuwan Baharudin Ungkap Luahan Hati Selepas Dimaki Seorang Penyokong Selangor
Instagram Story dari Safuwan Baharudin
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram