Advertising
Safuwan Baharudin Mahu Selangor Fokus Hadapi Ketajaman PDRM
MakanBola
Selangor FC

Kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin tampil mengingatkan ketajaman pasukan lawan menjelang perlawanan akhir pertama Challenge Cup menentang PDRM FC.

Safuwan mengingatkan rakan sepasukan agar bersedia dan tidak terlalu selesa meskipun datang dengan rekod hebat.

Ad

Dalam sidang media yang diadakan menjelang perlawanan penting itu, Safuwan menegaskan bahawa Selangor perlu mengatasi cabaran besar yang akan diberikan oleh PDRM terutamanya dengan kehadiran pemain-pemain berpengalaman seperti Shahrel Fikri dan Ifedayo.

Ad

Beliau juga menyebut bahawa kedua-dua pemain tersebut adalah aset berharga bagi PDRM dan dijangka akan memberi tekanan hebat kepada barisan pertahanan Selangor.

“Ya, kami tahu keupayaan Shahrel Fikri dan Ifedayo. Mereka penyerang prolifik untuk beberapa musim lepas dan sentiasa ada nilai sentimental daripada kedua-dua pemain ini, terutama sekali dari PDRM. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjejaskan cubaan kami mencari gol,” ujar Safuwan.

Ad

Safuwan bagaimanapun tetap optimis dengan potensi pasukannya memandangkan Selangor sudah melalui 10 perlawanan tanpa kalah dan juga belum dibolosi dalam beberapa perlawanan terakhir.

Ad

“Jika kita lihat semula secara reverse psychology, kami perlu manfaatkan lagi peluang untuk menjaringkan gol. Dalam beberapa aksi terakhir, kami telah mencipta banyak peluang tetapi gagal menterjemahkan kepada gol. Namun saya rasa ini suatu proses yang perlu dilalui,” tambah Safuwan.

Ad

“Kami turun untuk perlawanan ini dengan beberapa rekod seperti 10 perlawanan tanpa kalah dan juga kurang dibolosi tetapi kami tidak boleh terlalu selesa” kata Safuwan lagi.

Stadium MBPJ bakal menjadi saksi kepada aksi akhir pertama antara Selangor menentang PDRM pada hari Sabtu esok jam 9 malam. Aksi kedua pula bakal berlangsung pada 22 Februari kelak.